Wednesday, December 30, 2009

Bubye 2009! Hello 2010!


Sob.Sob.! Selamat tinggal 2009. Banyak sangat memories, sadness, happiness. Macam-macam yang aku tak dapat nak holdkn masa sebab masa terus bergerak tanpa dapat diundur. So aku pon dah tak boley pandang ke belakang. H..sedih plak rasa. Tapi hope 2010 dapat merubah life aku. Hari ni jugak last aku keje,. Tanam bijik anggur la den pasni. Kepada yang nak celebrate new year malam ni, jangan tak ingat dunia. Pasangla azam baru. Chewahhh. Coz ramai muda-mudi yang celebrate new year ngan buat benda tak senonoh. Salah tu kawan. New Year hanya untuk menanti tahun baru, agenda baru, hidup baru yang akan menjelang. Ni every year aku baca koran mesti de news yang tak sedap mata aku untuk membacanya. Kena rogol la pe la, tangkap khalwat la and so on. Pastu da buncit,buang dalam tong sampah.Buang dalam mangkuk tandas cam berita kol 8 malam semalam.Haish. Tak caya, belila koran esok. Ada tak berita-berita camtu. Tiru cam aku nieh ha. Every year sambut New Year kat umah je taw ( malas nak sesak-sesak ngan manusia kat lua sana + jalan jam).Huhu. Anyway, Selamat Tahun Baru 2010.!

Tuesday, December 22, 2009

Jom pakat ramai-ramai pi konvo!


MQA da bagi akredetasi penuh. Happy. Semangat nak pegi Konvo. Nak pegang scroll, nak pakai jubah. Pe agaknya perasaan aku time tuh. See you all on 23 January 2010 at PICC, Putrajaya. Pembayaran yuran Konvokesyen boleh dimasukkan ke account CIMB iuctt- ac no:12520 00143 9052.Fax slip, tulis nama dan ic kat blakang slip, fotostat utk bukti pembayaran..Jubah kena ambk sindri dr 4hb-21 hb..kalau tak boleh pegi ambk, soh kwn yg ambk pon boley tapi mesti bg fotostat ic jugak. Mish all my friends. See you there.

Lots of love : JAJA

Monday, December 21, 2009

Oh Abah.


Tayang muka depan orang ramai. Itulah tugas saya. Yang baju kurung purple tu. I like purple. Yeahaaa! Abah.!cantik baju.hijau gitu.^^

as interpreter

Majlis bersama Dato' Haji Nik Abdul Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, Dato' Husam Bin Musa Di Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan (SUK).
Note : sekali-sekala latih skill meyh.huhu^^

Sunday, December 20, 2009

sanay wala nang wakas~

Jericho Rosales
Untung jadi mamat ni. Menjadi idaman setiap wanita. Kacak, de harta, femes tapi playboy la pulak. Inilah dipanggil kehidupan. Dia ni merangkap Exbf Si Christine Hermosa jugak. Haih! gigih aku menelannya. Punyala dengki aku.haha. Kadang-kadang if berluang jumpa mamat ni, the first question that i will ask him is " Apa yang ko cari dalam idop ko sebenarnya''?

Christine Hermosa

Untung jadi Minah ni. Menjadi kegilaan lelaki-lelaki kacak loll. Ada semua aset bagi seorang wanita. Terkenal, Cantik. Ironik kisah cintanya, tade sape yang tahu. Kalau berpeluang jumpa & interview minah ni, aku nak tanya " Produk pe ko pakai"? Menjoyah lew nyah!
Diether Ocampo

Alahai! kacaknya anda. Gugur hatiku.Ewahh! Super model yang kira de nama kat philiphinos ni ha. Mamat yang ni terkecewa dalam sanay wala nang wakas. Dek cinta christine ( Arabella Grace Garcia) hanya untuk Jericho ( Cristian Soriano). Kalau berpeluang jumpa Diether, aku just nak cakap '' Phewittt! cantik lesung pipit ko nyah!"Realiti mereka berdua pernah bercinta juga. Kacak aja ko nak ya Christine!!


Sangat secocok lorr. Jericho!i love you!

Eh, Secocok jugak la. Diether! I want you!
sweet + love

Nota : " Cinta sejati sukar dicari tetapi yakinlah ianya ada"^^

Oh Tuhan!


Jerit. Aku rasa bagus untuk emosi seorang manusia. Dan untuk aku jugak yang tak terlepas daripada merasai bagaimana peritnya tekanan. Tertekan dengan pelbagai benda yang wujud dalam hidup. Kenapa pulak harus rasa tertekan? yalah. selalunya tertekan tu aku rasa bila aku tak dapat nak solve satu-satu problem tu dengan cara yang betul. Buntu? lebih kurang la. Time begini la buat aku rasa kerdilnya seorang manusia. Manusia memang kerdil tetapi masih bongkak. Bongkak dengan apa yang dimiliki.


Pernah tak rasa macam sedang berdiri di tengah-tengah jalan yang banyak cabangnya. Cabang tiga, cabang empat, cabang enam and whutsoever. Cabang-cabang tu pulak takde traffic light, takde traffic jam. Hanya jalan yang aku sendiri pun tak tahu mana penghujungnya. Nak pilih jalan kiri, bimbang. Takut dalam perjalanan nanti, ada penyamun yang akan merompak semua barang-barang aku. Nak pilih jalan kanan, elokkah jalan tu? terfikir pulak takot jalan tu banyak lubang, berlumpur. Semua ni da cukup untuk membuat seseorang tu tertekan. Takut akan akibat yang akan aku hadapi.



Pengecutkah aku? Gelaran tu terlalu rasanya tidak sesuai. Ya, mungkin aku hanya seorang gadis yang lemah tapi perkataan tu masih tak sesuai untuk aku menggalasnya. Takut untuk mencuba. Yes! it's me!Masa kecik-kecik dulu happy. Jelesnya. Rasa macam nak kembali ke waktu aku budak-budak dulu. Apa yang best jadi orang dewasa? Selalu aku tanya diri sendiri soalan ni. Tapi still tak boleh nak jawab. Hurmm.

Arghhhh! Help me out from all this things. Nak lari kemana ha? Lari hujung dunia pun masalah tetap mengekori aku! Kenapa tak pergi jauh-jauh!? Kenapa masih nak ikut aku ha??! Hoi dora! sebab ko tak settlekan aku. Canew aku nak jaohkan diri dari ko? Jawab-jawab. Aduihh. alangkah bagus kalau Doraemon tu memang wujud. Dengan poket ajaibnya. Apa yang aku mintak, sume aku akan dapat. WahhhH! Berperang dengan hati dan perasaan lagi sakit daripada aku kelar tangan aku sendiri. Termenung~

Hai hidup. Ish. Tak baik mengeluh lorr!! tapiiiiii...aku selalu mengeluh. Kalau ada manusia yang hidupny takde sebarang masalah, hidupnya bahagia.. Aku nak kawan ngan dia. Nak selalu berdamping dengan dia asalkan tekanan tu aku tak rasa. Tapi sape? Orang gila ada la.! Tu ha! kat Tanjung Rambutan sana. uhuk! Oh Tuhan! =(


Tuesday, December 15, 2009

Ado seko anok tupa.

Ado sekor…anok tupai…
Atas jula mokte…
kudung ekor..perut lapar…
jale cari make….(2x) (2x)
kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai..
asalnyo dale hute…
sejenis mamalia… (2x)
kalu pasal jakit kot dehe…
diolah yang paling panda…
jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar…
panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok…

nok wi kabar..oghe jahat…
jange terlajak manggak…
ooo…oghe zaman dulu…
pakat hambat tupai…
bimbang ko woh kayu …
takut tok de besar… (2X)
nyo durian duku…
kalu de nyo kerit tupai…
pendek tahun tuh…
nyo durian tok de nok jual….
Oghe sekampong tupai sekor..
beghambak hari-hari..
nyo pakat likong nyo pakat pekong..
tupai tok leh lari..
ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati….
hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x)
kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji…
nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…
raso siye sunggoh….
tgk sekor anok tupai..
krano terlajok kuruh…
sapa tokleh niti pagar… (2x)
bulu-bulu pon habis luruh…
air mato bera-bera…
maghi dale baruh bokali keno racun bakar..

Lirik Dikir Barat: Halim Yazid - Anak Tupai'

Sunday, December 13, 2009

Pujangga buat Si Pencuri Kasut.


Mak Minah keje kilang,
Jumaat lepas kasot heels aku ilang.
Beli gandum berkati-kati,
tuhan je tahu betapa sakitnya hati.
Hati-hati! pokok bunga Ros berduri,
asal kasot aku jugak yang ko curi!
erkkk! makan sup ekor terasa kenyang,
ko kalau aku dapat memang kena ganyang!
Hujung minggu pergi berkelah,
bila pikir balik aku halalkan jelah.
Sekor tupai melompat-lompat,
Lain hari aku harap ko betobat.
uwaaaaaa ='(

Visit Kelantan 2010.

Saya nak ke pantai.ngeee.Baru balik keje.
On my way.
Best kan.Teringin.hurm^^
Actually kelantan memang sebuah negeri di Pantai Timur Yang paling tak happening i think.kuakua. But i always proud to be 'kelantanese'. why? sebab kelantan tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Ha!Jangan tak tau pulak ye. Kelantan ada banyak pantai yang cun untuk dikunjungi. Aku sempat jalan-jalan bila balik daripada office. Pantai ni bertempat di Bachok. Lebih kurang 15 Minit dah boleh sampai.Tak jaoh pon.


Pantai Irama. Bachok.

Ramai yang tengah mandi-manda. Happy family~

Tempat ni sangat best untuk berpicnic taw. Sesuai kalau yang da bekeluarga datang sini. Yang bujang pon boleh berdating kat sini.hikhik.Hoi!jangan buat benda bukan-bukan kat sini. Banyak mata yang memerhati. Silap haribulan boley kawen free.muahaha!



Lepas pegi Pantai, fikiran dah tenang,.Aku mengunjungi patung Buddha yang sangat besar dan sangat putih. Patung ni dibuat daripada batu marmar. So bila matahari naik, cahaya akan memantul dari patung tu dan menjadikkannya lebih menarik. Trust me. Sangat cantik.

Patung ni bertempat di Bachok, Kelantan.
Ada juga cerita yang aku dengar disebalik pembuatan patung Buddha ni. Dikatakan mereka meletakkan Kitab Al-Quran di atas kepala patung ni. Bertujuan agar patung ni tak disambar petir. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Ada banyak lagi tempat yang menarik.Next time i'll post a picture in different places and situation ya.

Thursday, December 10, 2009

Yang paling menggelikan..

Dalam banyak-banyak serangga yang aku tak suka, 'menatang' ni yang paling menggelikan aku selain daripada lipas dan cicak. Sangat geli sampaikan bulu roma aku menegak dan tak jatuh-jatuh.errr. Lagi-lagi teringat zaman sekolah dulu. eheemmm. MAK!tulunnn.

Hari tu adalah hari Kejohanan Olahraga Sekolah. Start dari pagi sampai petang. Event yang paling aku tak suka & selalu ponteng kawan-kawan yang 'sepontengan dengan aku. Selalunya kami berempat.Tak tahula kenapa aku suka sangat ponteng masa sekolah dulu. Aku ada geng ponteng yang setia bersama tak kira dimana kitaorang berada. That morning, gara-gara tanak susah-susah buat lompat kijang bagai kat tengah-tengah padang tuh dengan panas terik.adeh.kenangan.

Membe aku sorang ni bukak tudung (dulu zaman skolah aku bertudung) hihi. Cuaca lak panas betol time tuh. Canewla budak-budak lain dengan slamber melompat cam orang gila kat padang tuh. Aku pandang dorang smbil makan mushmellow.nyum. Mula-mula kitorang bising gila.borak.bergosip.cite pasal mat-mat jambu kat skola aku.chewahh.exbf aku masa skola dlu pon termasuk dalam senarai taw.ahahaha. Then suddenly mereka-mereka itu diam. Siap jeling-jeling lagi kat aku. Aku tanya kenapa.pelik.

Pas jeling-jeling kat aku, dorg jeling lak kat sorang membe aku ni. Actually bukan kawan rapat kitaorang sebab dia dari kelas lain. Cuma tumpang ponteng dengan kami sahaja. aku tengokla pompuan yang bukak tudung tadi. Dia tengah begayot dan membelakangkan kitaorang taw. Takde apa yang mencurigakan. Aku buat bodoh jelah ( sambil tengok cikgu yang tengah sibuk handle bebudak sukan). Bahu aku dicuit pula kali ni. Muka kawan-kawan aku dah macam tertelan cicak da. Dorang bisik '' Wei jeena, ko tak nampak ke kepala minah tu?"

Aku jawab " nampak apa? kepala dia aku nampak la.tapi kenapa dengan kepala dia?"haishh." ''Cuba ko tengok bebetol.errr!" Aku pon dengan laju tengok kepala that minah.Fokus punya fokus, baru dapat detect entiti yang muncul.HuaaRGGHHH! KUUUUUUUUUUU.....kawan aku cepat-cepat tutop mulut aku yang nak jerit dengan sepenuh hati.

"Syuhhh!nanti dia dengar la bengong''. Ya allah.! banyaknya kutu dia. Berimbun-rimbun cam semak. Lebih tepat macam semut. Aiseyman.geli aku. Tetiba rasa sakit perot. Pada masa yang sama da risau kot-kot kutu dia da naik atas kepala aku. Arkkk! Teros aku dan kengkawan nak pegi padang join bebudak lain bersukan. Tinggal minah tu sengsorang kat situ. Lariiiiiiiiiii!!!!!!!

Tuesday, December 8, 2009

Boleh cantik dengan pembedahan plastik?I Don't think so.

Memiliki paras rupa yang cantik dan jelita menjadi idaman setiap wanita sehingga mereka sanggup melakukan apa saja, termasuk mengenepikan rasa takut atau sakit semata-mata untuk memiliki wajah menawan.Tidak hairan jika ada yang memilih pembedahan plastik biarpun ia membabitkan kos tinggi, asalkan ia dapat memuaskan hati mereka. Mengubah penampilan wajah untuk kelihatan semakin cantik turut menjadi kegilaan.


Pembedahan plastik yang telah 'mencantikkan' lagi wajah wanita ini.

Bagaikan satu trend bagi wanita zaman kini untuk melakukan pembedahan plastik. Apakah faktor yang mendorong wanita-wanita ini? Ingin kelihatan cantik sentiasa? Tidak mahu kelihatan tua daripada usia sebenar? Manusia memamg tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki mereka menyebabkan mereka rakus mengubah kejadian alam. Dengan adanya sejumlah wang, mereka dapat mencapai apa yang mereka ingini.


Wajah yang cantik telah diubah dengan harapan beliau akan kelihatan semakin cantik tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Muka kelihatan seperti 'muka tak siap'. Bukan sahaja membazirkan wang, merasai kesakitan bahkan rupa juga turut menjadi hodoh.Cantikkah beliau di mata anda? Renung-renungkan, selamat beramal.


Anytime..Anywhere.

hmm.

Digilis Keretapi.

Dari 'Dia' kita datang, kepandaNya jua kita kembali.


" Sesungguhnya, tiada manusia yang dapat hidup buat selama-lamanya di atas muka bumi ini. Setiap daripada kita tidak mengetahui bagaimana kita akan mati. Yang pasti, kita akan berhadapan dengannya jua nanti. Kepada semua pemandu di luar sana, pastikan anda memandu secara berhemah dan ingatlah bahawa masih ramai di luar sana yang menyayangi anda."

Monday, December 7, 2009

Tanda-tanda & Cara mengesan 'Breast Cancer'! Check it out.

Apa itu Kanser Payudara?

Kanser payudara marupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel- sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru- paru dan hati.

Apa Menyebabkan Kanser Payudara?

Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghadapi kanser payudara. Faktor- faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara :

- Usia yang meningkat

- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.

- Telah mendapat kanser pada satu payudara.

- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur melebihi 50 tahun.

- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.

- Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara?

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah satu kanser yang paling mudah dikesan.Pegesanan boleh dilakukan dengan Pemeriksaan Sendiri Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapat Pemeriksaan Payudara oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seorang wanita mengesan payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.

Bagaimana Melaksanakan PSP (Pemeriksaan Sendiri Payudara) Bila mesti melakukan PSP?

Anda mesti melakukannya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke 7 hingga ke 10 selepas bermulanya haid anda. Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

Bagaimana Melakukan PSP?

  1. Berdiri di hadapan cermin dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  2. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara.
  3. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar.
  4. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.BerbaringUntuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala.
  5. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara.
  6. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala.
  7. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
  8. DAPATKAN PENGESAHAN HOSPITAL DAN ANDA MUNGKIN MEMERLUKAN RAWATAN DARI PERUBATAN TRADISIONAL JIKA ADANYA : Sebarang gumpalan.Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.Puting tersorot ke dalam.
  9. Terasa sakit pada payudara.

Rayuan kepada semua WANITA!

Cegah Kanser Payudara dengan melakukan PSP setiap bulanJadikan PSP sebahagian dari cara hidup anda.Jika anda merasa sebarang benjolan atau perubahan luar biasa di payudara anda, sila jumpa Doktor anda segera.INGAT! Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin. FAKTOR-FAKTOR RISIKO penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara. Faktor-faktor risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat.

Sunday, December 6, 2009

Kereta terjun ke dalam pasaraya.

Sememangnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan Yang Maha Esa. Penulis bersama seorang rakan asyik bersuka-ria di tempat kejadian sehari sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku. Perkara ini telah membuatkan penulis menginsafi diri tentang Qada' & Qadar Allah S.w.t.

Remuk~

Insiden yang mengorbankan 2 nyawa

6 Disember 2009- Sebuah kereta jenis Ford Laser telah menjunam daripada parkir tingkat 3 Pasaraya KB Mall, Kota Bharu, petang semalam. Kereta trsebut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dinding dan terjunam e bawah dari ketinggian lebih 18 meter dan MENGHEMPAP tiga orang pelajar Kejururawatan cawangan Kota Bharu. Dua daripadanya maut sementara seorang lagi cedera parah. Antara yang maut ialah Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, mati di tempat kejadian manakala Siti Nordiana Azman, 18 telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Pemandu kereta tersebut, Nor Ain Said,19 juga cedera parah. Kejadian itu dikatakan berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain meragam di parkir tingkat atas dan ditolak oleh Adik perempuannya serta dibantu oleh seorang lelaki sebelum kereta yang ditolak mereka hilang kawalan dan merempuh tembok lalu terjunam ke atas tangga bergerak di tingkat bawah. Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat.AMIN~


Nota : Kematian boleh berlaku di mana-mana.




Tuesday, December 1, 2009

Masyarakat kita sudah bertamadun?

Sebuah motosikal yang sememangnya dicipta khas tempat duduk bagi kemudahan penunggang. Bagaimanakah pula cara remaja ini menggunakannya mengikut citarasa sendiri? Ini adalah masyarakat yang hidup di zaman yang serba canggih atau masyarakat yang hidup di zaman purba? Dari aspek manakah yang harus kita perbaiki?

Anak-anak yang dibanggakan Ibubapa mereka agar menjadi seorang insan yang bertamadun. Inikah generasi yang akan memimpin negara kelak?

Dapatkah kita diam dan berfikir sejenak. Layakkah kita digelar sebagai masyarakat yang bertamadun?Adakah remaja pada zaman sekarang boleh disamakan dengan masyarakat pada zaman orang asli?

Atau inikah masyarakat yang zaman sekarang yang dikatakan bertamadun?

Dengan membina bangunan pencakar langit di segenap penjuru kota, adakah kita telah mencapai lable sebagai 'masyarakat Bertamadun'?

31 Ogos 1957 merupakan hari yang paling bersejarah buat Negara Malaysia yang telah dijajah selama beratus-ratus tahun oleh pelbagai bangsa. Cukupkah untuk melambangkan kita sebagai masyarakat yang bertamadun? Jika kita lihat masyarakat orang asli pada zaman sebelumnya, tidak berpakaian lengkap, cara hidup dan budaya yang berbeza dan tidak berpendidikan seperti masyarakat sekarang. Ini kerana ketika itu, taraf hidup pada zaman tersebut jauh berbeza berbanding kehidupan kita pada zaman kini. Kesimpulannya, mereka tidak jauh bezanya dengan kaum orang asli yang dijelikkan kewujudannya di muka bumi ini.Fikirkanlah~


Wednesday, November 25, 2009

Banjir gelombang kedua di Pantai Timur.

Kereta jiran ditenggelami air.kesian~

kanak-kanak bermain perahu.hampes~

Banjir di Kampung Penambang

Kali ini banjir di Kota Bharu berlaku buat kali keduanya selepas selang 2 minggu Banjir gelombang pertama. Kampung Penambang, Sungai Keladi dan daerah yang berdekatan merupakan kawasan yang terjejas akibat banjir. Banjir kali ni bertahan untuk dua hari menyebabkan masyarakat setempat tidak dapat keluar bekerja termasuklah aku yang bercuti selama 3 hari. Budak-budak sekolah tidak ke sekolah kerana musim cuti akhir tahun sudah bermula. Banjir gelombang ketiga diramalkan akan berlaku selepas Raya Haji nanti. Banjir akan terus melanda kampung berkenaan selagi musim tengkujih belum tamat.hmm.Penatla nak cuci rumah daripada lumpur.adess~




Thursday, November 12, 2009

Atok aku kata.....

First Step ( Masukkan wap panas ke dalam bekas kaca)

Second Step ( Tekapkan Botol Kaca di belakang badan)

Hasilnya ( Bulatan merah yang seakan-akan dijangkiti penyakit HIV).errk!

Berbekam?selalunya bagus untuk kaum lelaki. Atok aku kata untuk mengeluarkan darah kotor atau angin dalam badan.betulkah?Mungkin juga.Sebab orang lelaki tak datang bulan atau haid setiap bulan. Berbeza dengan kaum wanita yang setiap bulan didatangi haid. Jadi tidak perlu melakukan ritual sebegini untuk mengeluarkan darah kotor dan sebagainya. Model di atas merupakan datuk aku sendiri. adoihh! tak habis-habis dengan berbekam.Tak cantik la atok!




Tuesday, November 3, 2009

by the way,ehemm.

Racun tikus jenama aku.hahaha!

Suatu petang sewaktu pulang dari tempat kerja, aku singgah la kat sebuah kedai runcit cina near my house to buy rats poison. cam biasa makcik aku akan mengirim sumthing untuk aku beli.(memang tak bole tengok aku senang la kan.hahaha.joking nah!) Apek tu bagi la aku 2 kotak racun tikus yang aku nak. Aku terkejot beruk kot tengok kotak tuh. Pastu aku gelak cam setan depan apek tu. Dia tanya "wai meyh?ada benda yang tak kena ke?" Aku jawab je "tade pape la amoi.saja-saja mau gelak." Nama racun tuh boleh pulak terselit nama aku.cilakak sungguh..hahahaha!hangin je aku rasa sambil tersenyum seorang diri.hihi..


Sunday, August 2, 2009

Selamat Panjang Umur Sayanggggg~

Saya dah berusia 1 tahun^^

saya dah besau^^

Lupa lak tarikh aku beli budak bushuk kat atas nieh..Cuma yg aku ingat, aku beli pada bulan July 2008..That means da ckop setahun lorr kami hidup bahagia bersama.huhu..nak beli Kek kasi sama sayang..ngenggg!^^

Wednesday, July 22, 2009

Bila ini yg aku rasa.

Orang nampak aku happy..orang nampak aku weng, orang nampak kebaikan dan keburukan aku.Once aku ada terfikir yang aku tak pernah kisah apa yang others nak fikir pasal aku.TAPI aku memang seriously tak suka apa yang aku rasa sekarang ni. So many things yang aku belum dapat jawapan. Who can help me to find the answer??
KARMA? Who knows what it means? yang aku tahu, bila aku dengar perkataan tu, i'll have a bad feelings. Mothers Day,Fathers Day..HMM..So sweet if i really have a big and happy family. Am i?aku tak tahu nak ucap pada siapa..why? maybe aku memang growing dalam situasi hidup yang sebegini. can i story everything to my mom?mummy,i already found my true love..here mummy..mummy,can u tell me about..bla.bla.bla...(aku tak pernah rasa macam tu).
Daddy..where are you? dont you remember that you have a daughter? pada siapa aku nak ucapkan 'Happy Father's Day? aku tak pernah ucap pada sesiapa selama 21 tahun. is it a good things or a bad things to remember it?
Kawan..Perlukah aku jauhkan diri aku daripada korang sume?Aku siapa?Apa yang aku cari?
HAHA...aku terasa macam nak ketawa sambil menangis bila terkenang semua ni..tapi aku takkan menangis..never.Aku hanya perempuan yang hidup dalam penipuan.

Thursday, March 19, 2009

EXAMMM!!!

pelajar khusyuk menjawab soalan

student yang ni dapat 40/40..huiyoo..

Ujian bahasa isyarat ( Mac)

Seramai 25 orang penyelia telah mengambil ujian tersebut..

nota : kebanyakan pelajar lulus dengan cemerlang.heheh.

Saturday, March 7, 2009

One Crazy Nyte In Mac 09


That nite.....
tutt..tutt.."u got a mesej"..hmm.ok..sape plak yang mesej aku malam-malam ni..eii.." Al-Fatihah ke atas saudari **** ke rahmatullah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan mukmin yang solehah.. From : ***** Abu Hassan..
"whutt???! oh my god, don't say it serious!!"
Aku dapat mesej daripada makhluk tuhan..yang amat aku kenali..dengan perasaan terkejut+cemas+rasa tak percaya,aku col number tu balik..(caller ringtone-lady gaga song)...."nape tak angkat..ya allahhh...somebody pickup the phone please.!!!"tuttt..tutttt.tutttt...NO ANSWER.
TUHANKU..(aku dengan perasaan tidak tentu arah).
owh...i got her friends number..tuutt..tuttt.."helo..ni kawan **** ??dia mana?nape dia send mesej camtu??betul ke dia dah............??"HAAA!?saya tak tahu laa..saya kat rumah ni"...."Owh ok.if de pape berita,let me know ok!"....."Hopefully she's ok,"kata aku dalam hati..
Aku buntu malam tu.dipendekkan cerita,aku telah menghubungi ibu kepada **** untuk mengetahui situasi sebenar..Akhirnya aku mengetahui jua keadaan yang sebenar daripada ibunya..aku sedih+marah+geram pada waktu itu..bagaikan mahu ku siat-siat kulit perempuan tu..DAMN!! Rupanya aku tertipu dengan setan tu.."berani ko bergurau pasal mati ye setannnnn!!"

Renungan : Jangan bergurau soal mati kawan-kawan ku.wink~

Saturday, February 28, 2009

dipenjara tanpa rela..?

My buchuk tido .. uuu ..

I have obesiti.

samakah nose is your nose?

I'm innocent!

Name: Unfortunately Bt. Love
Age: 1 / 2 years
Origin: Kota Bharu, Kelantan
Weight loss: 4 kg
Warden: Jajacun
Error: more weight up
No. Hp: 010-3664786