Sememangnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan Yang Maha Esa. Penulis bersama seorang rakan asyik bersuka-ria di tempat kejadian sehari sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku. Perkara ini telah membuatkan penulis menginsafi diri tentang Qada' & Qadar Allah S.w.t.
Remuk~
Insiden yang mengorbankan 2 nyawa
6 Disember 2009- Sebuah kereta jenis Ford Laser telah menjunam daripada parkir tingkat 3 Pasaraya KB Mall, Kota Bharu, petang semalam. Kereta trsebut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dinding dan terjunam e bawah dari ketinggian lebih 18 meter dan MENGHEMPAP tiga orang pelajar Kejururawatan cawangan Kota Bharu. Dua daripadanya maut sementara seorang lagi cedera parah. Antara yang maut ialah Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, mati di tempat kejadian manakala Siti Nordiana Azman, 18 telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Pemandu kereta tersebut, Nor Ain Said,19 juga cedera parah. Kejadian itu dikatakan berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain meragam di parkir tingkat atas dan ditolak oleh Adik perempuannya serta dibantu oleh seorang lelaki sebelum kereta yang ditolak mereka hilang kawalan dan merempuh tembok lalu terjunam ke atas tangga bergerak di tingkat bawah. Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat.AMIN~
Nota : Kematian boleh berlaku di mana-mana.
No comments:
Post a Comment