Wednesday, November 25, 2009

Banjir gelombang kedua di Pantai Timur.

Kereta jiran ditenggelami air.kesian~

kanak-kanak bermain perahu.hampes~

Banjir di Kampung Penambang

Kali ini banjir di Kota Bharu berlaku buat kali keduanya selepas selang 2 minggu Banjir gelombang pertama. Kampung Penambang, Sungai Keladi dan daerah yang berdekatan merupakan kawasan yang terjejas akibat banjir. Banjir kali ni bertahan untuk dua hari menyebabkan masyarakat setempat tidak dapat keluar bekerja termasuklah aku yang bercuti selama 3 hari. Budak-budak sekolah tidak ke sekolah kerana musim cuti akhir tahun sudah bermula. Banjir gelombang ketiga diramalkan akan berlaku selepas Raya Haji nanti. Banjir akan terus melanda kampung berkenaan selagi musim tengkujih belum tamat.hmm.Penatla nak cuci rumah daripada lumpur.adess~




Thursday, November 12, 2009

Atok aku kata.....

First Step ( Masukkan wap panas ke dalam bekas kaca)

Second Step ( Tekapkan Botol Kaca di belakang badan)

Hasilnya ( Bulatan merah yang seakan-akan dijangkiti penyakit HIV).errk!

Berbekam?selalunya bagus untuk kaum lelaki. Atok aku kata untuk mengeluarkan darah kotor atau angin dalam badan.betulkah?Mungkin juga.Sebab orang lelaki tak datang bulan atau haid setiap bulan. Berbeza dengan kaum wanita yang setiap bulan didatangi haid. Jadi tidak perlu melakukan ritual sebegini untuk mengeluarkan darah kotor dan sebagainya. Model di atas merupakan datuk aku sendiri. adoihh! tak habis-habis dengan berbekam.Tak cantik la atok!




Tuesday, November 3, 2009

by the way,ehemm.

Racun tikus jenama aku.hahaha!

Suatu petang sewaktu pulang dari tempat kerja, aku singgah la kat sebuah kedai runcit cina near my house to buy rats poison. cam biasa makcik aku akan mengirim sumthing untuk aku beli.(memang tak bole tengok aku senang la kan.hahaha.joking nah!) Apek tu bagi la aku 2 kotak racun tikus yang aku nak. Aku terkejot beruk kot tengok kotak tuh. Pastu aku gelak cam setan depan apek tu. Dia tanya "wai meyh?ada benda yang tak kena ke?" Aku jawab je "tade pape la amoi.saja-saja mau gelak." Nama racun tuh boleh pulak terselit nama aku.cilakak sungguh..hahahaha!hangin je aku rasa sambil tersenyum seorang diri.hihi..