Wednesday, November 25, 2009

Banjir gelombang kedua di Pantai Timur.

Kereta jiran ditenggelami air.kesian~

kanak-kanak bermain perahu.hampes~

Banjir di Kampung Penambang

Kali ini banjir di Kota Bharu berlaku buat kali keduanya selepas selang 2 minggu Banjir gelombang pertama. Kampung Penambang, Sungai Keladi dan daerah yang berdekatan merupakan kawasan yang terjejas akibat banjir. Banjir kali ni bertahan untuk dua hari menyebabkan masyarakat setempat tidak dapat keluar bekerja termasuklah aku yang bercuti selama 3 hari. Budak-budak sekolah tidak ke sekolah kerana musim cuti akhir tahun sudah bermula. Banjir gelombang ketiga diramalkan akan berlaku selepas Raya Haji nanti. Banjir akan terus melanda kampung berkenaan selagi musim tengkujih belum tamat.hmm.Penatla nak cuci rumah daripada lumpur.adess~




No comments: