Memiliki paras rupa yang cantik dan jelita menjadi idaman setiap wanita sehingga mereka sanggup melakukan apa saja, termasuk mengenepikan rasa takut atau sakit semata-mata untuk memiliki wajah menawan.Tidak hairan jika ada yang memilih pembedahan plastik biarpun ia membabitkan kos tinggi, asalkan ia dapat memuaskan hati mereka. Mengubah penampilan wajah untuk kelihatan semakin cantik turut menjadi kegilaan.
Bagaikan satu trend bagi wanita zaman kini untuk melakukan pembedahan plastik. Apakah faktor yang mendorong wanita-wanita ini? Ingin kelihatan cantik sentiasa? Tidak mahu kelihatan tua daripada usia sebenar? Manusia memamg tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki mereka menyebabkan mereka rakus mengubah kejadian alam. Dengan adanya sejumlah wang, mereka dapat mencapai apa yang mereka ingini.
Wajah yang cantik telah diubah dengan harapan beliau akan kelihatan semakin cantik tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Muka kelihatan seperti 'muka tak siap'. Bukan sahaja membazirkan wang, merasai kesakitan bahkan rupa juga turut menjadi hodoh.Cantikkah beliau di mata anda? Renung-renungkan, selamat beramal.
No comments:
Post a Comment