Sunday, December 20, 2009

Oh Tuhan!


Jerit. Aku rasa bagus untuk emosi seorang manusia. Dan untuk aku jugak yang tak terlepas daripada merasai bagaimana peritnya tekanan. Tertekan dengan pelbagai benda yang wujud dalam hidup. Kenapa pulak harus rasa tertekan? yalah. selalunya tertekan tu aku rasa bila aku tak dapat nak solve satu-satu problem tu dengan cara yang betul. Buntu? lebih kurang la. Time begini la buat aku rasa kerdilnya seorang manusia. Manusia memang kerdil tetapi masih bongkak. Bongkak dengan apa yang dimiliki.


Pernah tak rasa macam sedang berdiri di tengah-tengah jalan yang banyak cabangnya. Cabang tiga, cabang empat, cabang enam and whutsoever. Cabang-cabang tu pulak takde traffic light, takde traffic jam. Hanya jalan yang aku sendiri pun tak tahu mana penghujungnya. Nak pilih jalan kiri, bimbang. Takut dalam perjalanan nanti, ada penyamun yang akan merompak semua barang-barang aku. Nak pilih jalan kanan, elokkah jalan tu? terfikir pulak takot jalan tu banyak lubang, berlumpur. Semua ni da cukup untuk membuat seseorang tu tertekan. Takut akan akibat yang akan aku hadapi.



Pengecutkah aku? Gelaran tu terlalu rasanya tidak sesuai. Ya, mungkin aku hanya seorang gadis yang lemah tapi perkataan tu masih tak sesuai untuk aku menggalasnya. Takut untuk mencuba. Yes! it's me!Masa kecik-kecik dulu happy. Jelesnya. Rasa macam nak kembali ke waktu aku budak-budak dulu. Apa yang best jadi orang dewasa? Selalu aku tanya diri sendiri soalan ni. Tapi still tak boleh nak jawab. Hurmm.

Arghhhh! Help me out from all this things. Nak lari kemana ha? Lari hujung dunia pun masalah tetap mengekori aku! Kenapa tak pergi jauh-jauh!? Kenapa masih nak ikut aku ha??! Hoi dora! sebab ko tak settlekan aku. Canew aku nak jaohkan diri dari ko? Jawab-jawab. Aduihh. alangkah bagus kalau Doraemon tu memang wujud. Dengan poket ajaibnya. Apa yang aku mintak, sume aku akan dapat. WahhhH! Berperang dengan hati dan perasaan lagi sakit daripada aku kelar tangan aku sendiri. Termenung~

Hai hidup. Ish. Tak baik mengeluh lorr!! tapiiiiii...aku selalu mengeluh. Kalau ada manusia yang hidupny takde sebarang masalah, hidupnya bahagia.. Aku nak kawan ngan dia. Nak selalu berdamping dengan dia asalkan tekanan tu aku tak rasa. Tapi sape? Orang gila ada la.! Tu ha! kat Tanjung Rambutan sana. uhuk! Oh Tuhan! =(


1 comment:

arul said...

erm xbek ngeluh r...
semangat ckit..
hehe senyum selalu ok..