Saturday, February 20, 2010

Buang bayi! Dont you ever do that gurl!!!

Di Ruang Ruang Kota
Di Celah Celah Pinggir Desa
Di Dalam Banglo Bilik Istana
Kamar Si Ombak Resah
Di Dalam Petak Teratak Usang
Si Rumah Sewa
Di Dalam Di Mana Saja
Di Situlah Bermula Kisah Ambila

Di Ruang-Ruang Hotel Mewah Berbintang Lima
Di Dalam Bilik-Bilik Kecil Ke Motel-Motel Berharga Murah
Di Dalam Hamparan
Bendang , Ladang Dan Sawah
Di Dalam Taman Tasik
Segala Bermula Kisah Ambila
Di Dalam Semak Belukar
Kereta Usang Atau Mobil Mewah
Embun Menjadi Fikah
Remaja Ini Saling Berlingkar Darah
Merpati Dua Sejoli Memadu Kasih
Perit Pedih Rintih Nikmat Keluh Kesah
Jadi Derita Ambila
Dari Setitis Air Mengalir
Menjadi Seketul Darah
Dari Seketul Darah
Menjadi Segumpal Daging Merah
Berdegup Jantungnya
Bernadi Bernyawa
Sayang Hanya Dibuat
Seumpama Semurah Sebutir Sampah
Tangisan Mengisi Dunia
Siapa Mamanya Siapa Papanya Siapa Yang Empunya

Jangan Ditanya Siapa Papa Dan Siapa Mamanya Lagi
Dia Hanyalah Bayi Merah
Hanya Bayi Merah Yang Wujud Dari Rahim Seorang Wanita
Yang Tidak Dan Belum Mengerti Apa Apa

Ambila Ingin Segera Aku Dengarkan Azan Ditelinga
Tika Matamu Pejam
Ingin Segera Aku Kenalkanmu Pada Dunia
Saat Tika Matamu Jaga

Ambila Adakah Kau Bisa Menghadapi Semesta Yang Menanti
Dengan Sejumlah Sejuta Taring Yang Berbisa
Senda Tawa Hilai Dunia
Usahlah Kau Kecewa
Berputus Asa

Ambila Inginku Melihat Dikau Mendaki
Puncak Bukit Menara Tinggi
Menghirup Api Hidup
Memeluk Sari Inti Rumah Dunia
Memeluk Alam Semesta

Ambila Inginku Lihat Kau Dewasa
Merangkak Bertatih Jatuh Bangkit Bangun Semula
Berlari Ke Kaki Pelangi
Mengejar Mimpi
Melewati Samudera Dengan Sayap Irama

Sesekali Gendonglah Dia
Ajaklah Dia Bicara
Sewaktu-waktu Timanglah Dia
Dan Buat Dia Ketawa
Kerana Dia Juga Seperti Anak Kecil Yang Lain

Tulislah Luka Ambila
Tulislah Di Dinding-Dinding Rumah
Tulislah Di Kaca-Kaca Pada Setiap Wajah Yang Kau Jumpa
Kalimah Yang Kau Kutip Dari Butir Sejarah

Tulislah Duka Ambila
Tulislah Betapa Hari-Hari Yang Kau Lalui
Betapa Kau Sunyi Sepi
Dinginnya Sedingin Salji
Walau Berdirimu Di Panas Terik Mentari

Tulislah Rindu Ambila
Tulislah Atas Pasir Dan Tanah
Tulislah Dengan Jari Jemari
Yang Tidak Pernah Merasa Nikmat Sentuhan Papa Dan Mama

Tulislah Tulislah Tulislah Ambila
Agar Dapat Kukhabarkan Pada Semua
Tidak Akan Lahir Sejuta Janin Tak Berdosa
Seorang Lagi Ambila

Dan Pabila Tangisnya Pertama Kali Mengisi Dunia
Nyaring Daring Memecah Suasana
Menyilu Sudut Gelita
Di Dalam Dingin Pagi Begini
Embun Menjadi Saksi
Mentari Penuh Bersegi
Situbuh Kecil Menggigil
Sungguh Comel Memanggil

1

2

Masyallah! sedih betol dengan karenah muda-mudi zaman sekarang ni. Buang baby sana sini aku dengar. Dorang ni tade rasa bersalah ke ha? tak rasa takot pada tuhan ke? Yang paling sedih buang merata-rata. Dalam tong sampah, dalam lubang jamban, dalam semak. Tergamak dorang ni. Pandai buat tapi tak pandai bertanggungjawab. Jantan betina dua-dua bodoh and bangang. Dah taknak bertanggungjawab, tak payah la buat benda tak bermoral tuh. Terlanjur konon. Bayi yang tak bertanggungjawab jugak yang jadi mangsa. Tak pernah ke pikir baby tu in the future maybe jadi doktor ke lawyer ke. Sangat stupid la! Kalau takmo jaga pon, letak la baby tu tempat yang selamat. 3 hari berturut-turut masuk paper pasal kes pembuangan bayi. Apa kes?? Marahnya aku!!!!!!!! marah betol bila dengar kes-kes macam ni. Salah ibu ke salah bapak?

Kes terbaru yang paling kejam daripada masyarakat jahilliah zaman dulu. Pembakaran bayi di kuala krai. Kelantan tu beb! Negeri yang terkenal dengan gelaran 'Serambi Mekah'. Sepatutnya negeri yang dibataskan aktiviti sosial cmni tak berlaku benda-benda camni. Nafsu serakah tak mengira tempat cik adik!OOPSS! lupa pulak. Dahla buang, pastu pegi bakar plak baby tu. Takde rasa belas kasihan ke ha? Sedangkan anak kucing pon aku tak mungkin g bunuh, ni kan pulak anak orang. Ley say baby tu anak aku. Selisih malaikat 44 la kan.


Al- Fatihah¬

Wednesday, February 3, 2010

Jangan berpolitik kat sini wahai para blogger!

Nak berblog pon just jangan campur urusan yang terlalu serius like 'politic'! anda dipantau.Alaaa..tak best langsung plak rasa coz ingatkan blog untuk privacy.tapi tak juga.
Ada blogger yang saja-saja carik nahas dengan tulis yang bukan-bukan. Yes! Blog dia memang akan jadi perhatian & minat orang ramai untuk menjenguk tetapi berbaloi ke kalau habis beriban untuk bayar denda and meringkuk dalam penjara guyz?Not really kan.. So, lu pikir la sendiri yerk.

Ada yang nak 'emo' lebey-lebey kat blog others pon ada. kenapa? Sebok je. Kalau si blogger buat luahan hati or luahan rasa kat blog, y must we judge them? tak perlu nak kutuk kaw-kaw. lu sape weii??adoihh...

Thank to one of my friend yang dedicated lagu fynn jamal for me. Thanks a lot.Suka juga. Just relax if dengar. Macam-macam aja kamo nieh. anyway, tc urself ;)

Wednesday, December 30, 2009

Bubye 2009! Hello 2010!


Sob.Sob.! Selamat tinggal 2009. Banyak sangat memories, sadness, happiness. Macam-macam yang aku tak dapat nak holdkn masa sebab masa terus bergerak tanpa dapat diundur. So aku pon dah tak boley pandang ke belakang. H..sedih plak rasa. Tapi hope 2010 dapat merubah life aku. Hari ni jugak last aku keje,. Tanam bijik anggur la den pasni. Kepada yang nak celebrate new year malam ni, jangan tak ingat dunia. Pasangla azam baru. Chewahhh. Coz ramai muda-mudi yang celebrate new year ngan buat benda tak senonoh. Salah tu kawan. New Year hanya untuk menanti tahun baru, agenda baru, hidup baru yang akan menjelang. Ni every year aku baca koran mesti de news yang tak sedap mata aku untuk membacanya. Kena rogol la pe la, tangkap khalwat la and so on. Pastu da buncit,buang dalam tong sampah.Buang dalam mangkuk tandas cam berita kol 8 malam semalam.Haish. Tak caya, belila koran esok. Ada tak berita-berita camtu. Tiru cam aku nieh ha. Every year sambut New Year kat umah je taw ( malas nak sesak-sesak ngan manusia kat lua sana + jalan jam).Huhu. Anyway, Selamat Tahun Baru 2010.!

Tuesday, December 22, 2009

Jom pakat ramai-ramai pi konvo!


MQA da bagi akredetasi penuh. Happy. Semangat nak pegi Konvo. Nak pegang scroll, nak pakai jubah. Pe agaknya perasaan aku time tuh. See you all on 23 January 2010 at PICC, Putrajaya. Pembayaran yuran Konvokesyen boleh dimasukkan ke account CIMB iuctt- ac no:12520 00143 9052.Fax slip, tulis nama dan ic kat blakang slip, fotostat utk bukti pembayaran..Jubah kena ambk sindri dr 4hb-21 hb..kalau tak boleh pegi ambk, soh kwn yg ambk pon boley tapi mesti bg fotostat ic jugak. Mish all my friends. See you there.

Lots of love : JAJA

Monday, December 21, 2009

Oh Abah.


Tayang muka depan orang ramai. Itulah tugas saya. Yang baju kurung purple tu. I like purple. Yeahaaa! Abah.!cantik baju.hijau gitu.^^

as interpreter

Majlis bersama Dato' Haji Nik Abdul Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, Dato' Husam Bin Musa Di Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan (SUK).
Note : sekali-sekala latih skill meyh.huhu^^

Sunday, December 20, 2009

sanay wala nang wakas~

Jericho Rosales
Untung jadi mamat ni. Menjadi idaman setiap wanita. Kacak, de harta, femes tapi playboy la pulak. Inilah dipanggil kehidupan. Dia ni merangkap Exbf Si Christine Hermosa jugak. Haih! gigih aku menelannya. Punyala dengki aku.haha. Kadang-kadang if berluang jumpa mamat ni, the first question that i will ask him is " Apa yang ko cari dalam idop ko sebenarnya''?

Christine Hermosa

Untung jadi Minah ni. Menjadi kegilaan lelaki-lelaki kacak loll. Ada semua aset bagi seorang wanita. Terkenal, Cantik. Ironik kisah cintanya, tade sape yang tahu. Kalau berpeluang jumpa & interview minah ni, aku nak tanya " Produk pe ko pakai"? Menjoyah lew nyah!
Diether Ocampo

Alahai! kacaknya anda. Gugur hatiku.Ewahh! Super model yang kira de nama kat philiphinos ni ha. Mamat yang ni terkecewa dalam sanay wala nang wakas. Dek cinta christine ( Arabella Grace Garcia) hanya untuk Jericho ( Cristian Soriano). Kalau berpeluang jumpa Diether, aku just nak cakap '' Phewittt! cantik lesung pipit ko nyah!"Realiti mereka berdua pernah bercinta juga. Kacak aja ko nak ya Christine!!


Sangat secocok lorr. Jericho!i love you!

Eh, Secocok jugak la. Diether! I want you!
sweet + love

Nota : " Cinta sejati sukar dicari tetapi yakinlah ianya ada"^^

Oh Tuhan!


Jerit. Aku rasa bagus untuk emosi seorang manusia. Dan untuk aku jugak yang tak terlepas daripada merasai bagaimana peritnya tekanan. Tertekan dengan pelbagai benda yang wujud dalam hidup. Kenapa pulak harus rasa tertekan? yalah. selalunya tertekan tu aku rasa bila aku tak dapat nak solve satu-satu problem tu dengan cara yang betul. Buntu? lebih kurang la. Time begini la buat aku rasa kerdilnya seorang manusia. Manusia memang kerdil tetapi masih bongkak. Bongkak dengan apa yang dimiliki.


Pernah tak rasa macam sedang berdiri di tengah-tengah jalan yang banyak cabangnya. Cabang tiga, cabang empat, cabang enam and whutsoever. Cabang-cabang tu pulak takde traffic light, takde traffic jam. Hanya jalan yang aku sendiri pun tak tahu mana penghujungnya. Nak pilih jalan kiri, bimbang. Takut dalam perjalanan nanti, ada penyamun yang akan merompak semua barang-barang aku. Nak pilih jalan kanan, elokkah jalan tu? terfikir pulak takot jalan tu banyak lubang, berlumpur. Semua ni da cukup untuk membuat seseorang tu tertekan. Takut akan akibat yang akan aku hadapi.



Pengecutkah aku? Gelaran tu terlalu rasanya tidak sesuai. Ya, mungkin aku hanya seorang gadis yang lemah tapi perkataan tu masih tak sesuai untuk aku menggalasnya. Takut untuk mencuba. Yes! it's me!Masa kecik-kecik dulu happy. Jelesnya. Rasa macam nak kembali ke waktu aku budak-budak dulu. Apa yang best jadi orang dewasa? Selalu aku tanya diri sendiri soalan ni. Tapi still tak boleh nak jawab. Hurmm.

Arghhhh! Help me out from all this things. Nak lari kemana ha? Lari hujung dunia pun masalah tetap mengekori aku! Kenapa tak pergi jauh-jauh!? Kenapa masih nak ikut aku ha??! Hoi dora! sebab ko tak settlekan aku. Canew aku nak jaohkan diri dari ko? Jawab-jawab. Aduihh. alangkah bagus kalau Doraemon tu memang wujud. Dengan poket ajaibnya. Apa yang aku mintak, sume aku akan dapat. WahhhH! Berperang dengan hati dan perasaan lagi sakit daripada aku kelar tangan aku sendiri. Termenung~

Hai hidup. Ish. Tak baik mengeluh lorr!! tapiiiiii...aku selalu mengeluh. Kalau ada manusia yang hidupny takde sebarang masalah, hidupnya bahagia.. Aku nak kawan ngan dia. Nak selalu berdamping dengan dia asalkan tekanan tu aku tak rasa. Tapi sape? Orang gila ada la.! Tu ha! kat Tanjung Rambutan sana. uhuk! Oh Tuhan! =(